HABRA DROPSHIP PROGRAM

 

SEBELUM ANDA JOIN DROPSHIP HABRA. ADAKAH ANDA SALAH SORANG DI BAWAH?

  • SURI RUMAH?
  • STUDENT?
  • SUKA BISNES TAPI TAKUT RUGI ATAU TAKDE MODAL
  • NAK EXTRA INCOME SEBAB GAJI TAK CUKUP?
  • NAK BERADA DALAM CIRCLE YANG POSITIF?
  • PENGANGGUR?

Aha! Kalau anda salah sorang yang disebut di atas, memang 100% layak nak jadi Dropship kami. Yang paling best, semua kit pemasaran, gambar, video, teknik close sale, teknik pemasaran FB/Instagram dan macam-macam lagi lah. Itu semua kami kasi FREE je tau! Ye FREE je ok. Kalau kirakan kos bahan pemasaran tu mau mencecah RIBUAN RINGGIT! Wow!

JOM BACA 10 SEBAB KENAPA SIS PATUT JOIN DROPSHIP HABRA

  1. TAK PERLU MODAL
    Bukan RM1000. Bukan RM500. Tapi modal serendah RM50 jer sis untuk daftar dropship Habra dan kelayakan adalah seumur hidup!*
  2. TAK PERLU SIMPAN STOCK
    Tak perlu ruang besar. Tak perlu rumah bersepah dengan stok. Bagi kami je handle. Malah Quality Check pun kami tolong buatkan sekali.
  3. MARGIN KEUNTUNGAN SANGAT TINGGI!
    Kalau cakap pasal margin, sis boleh dapat sehingga RM45 untung bersih untuk satu jualan je tau! Komisen kami adalah antara tertinggi dalam industri fashion!
  4. TAK PERLU BERATUR PANJANG UNTUK POS BARANG
    Fedup nya kan beratur panjang kat pusat pos? Lagi fedup bila no giliran habis! Serahkan pada kami, kami tolong pos dan update tracking no terus pada sis.
  5. TAK PERLU BAZIR MASA, WANG PHOTOSHOOT PRODUK
    Kami bertanggungjawab sediakan gambar produk yang professional dan cantik. Bukan setakat gambar, malah akan sediakan sekali video pemasaran, gambar flatlay, dan gambar testimoni customer! Semua yang team marketing Habra sediakan, Semua akan di share bersama… Sis cuma download je 🙂
  6. JUAL PRODUK DEMAND TINGGI
    Blom pun dilancarkan, ramai dah berpusu-pusu tanya kat DM, Whatsapp, FB. Siap nak booking lagi takut habis. Sis agak-agak senang ke susah nak jual produk laku keras Habra? Hehe.. Yang penting, kurang sakit kepala kerana jual produk cap ayam. Semua produk Habra adalah Premium dan berkualiti.
  7. MARKETING TOOLS DISEDIAKAN
    Semua bahan pemasaran di sediakan oleh founder kami sendiri. Yang asalnya memulakan bisnes dari bawah sebagai Dropship. Dari teknik reply whatsapp, Pemasaran facebook ads & instagram, hingga ke copywriting pun di kongsi bersama. Semua tools ni di berikan secara PERCUMA bila sis daftar jadi ahli Dropship Habra!
  8. ADA SISTEM SUPPORT
    Sistem support dari Team Habra sangat efficient. yang akan menjawab segala persoalan sis 24 jam 7 hari seminggu.
  9. SISTEM ORDER YANG MUDAH DAN CEPAT
    Zaman sekarang tak perlu borang, tak perlu berebut2. Click-clik hujung jari je di website kami terus sampai depan pintu rumah pelanggan. Boleh check stock LIVE di website. Sambil tengok TV boleh buat duit.
  10. GANJARAN DAN INSENTIF MENARIK
    Ganjaran lumayan akan di berikan bila sis aktif membuat jualan! Ganjaran berbentuk Cash! Emas! Percutian! dan bermacam-macam lagi! Best sangat!

Setiap suku tahunan kami akan adakan pertandingan tau!
Oops! Kami mahukan yang konsisten dan berdaya saing!
Yang tidak putus asa ingin mengubah hidup dan income mereka!

 

SYARAT – SYARAT

  1. Yuran keahlian serendah RM50 dikenakan untuk mendaftar.
  1. Anda yang berpengalaman dalam bidang Dropship dan juga perniagaan online amatlah dialu-alukan menyertai Program Dropship HABRA.
  1. Komisen TINGGI sebanyak 15% iaitu di antara RM20 sehingga RM45 akan diberikan bergantung kepada harga produk.*
  1. Komisen bagi pelanggan sedia-ada iaitu pemegang kad “HABRA Privilege Card” adalah sebanyak 5% sahaja.
  1. Keahlian Dropship adalah SEUMUR HIDUP tetapi dengan syarat Dropship harus membuat jualan mengikut target yang ditetapkan. Kegagalan akan menyebabkan keahlian Dropship ditamatkan serta merta. Yuran tidak akan dikembalikan.
  1. Dropship yang mengekalkan prestasi jualan yang baik akan meneruskan keahlian tanpa sebarang cas tambahan.
  1. Tempahan WAJIB dibuat melalui laman web rasmi HABRA di habra.com.my.
  1. Semua Dropship HABRA wajib menggunakan aplikasi Telegram dan Whatsapp sebagai medium utama komunikasi dan pengantara bahan pemasaran.
  1. Anda akan didaftarkan dan ditukarkan status akaun di website HABRA dalam tempoh 2 hari bekerja.
  1. Selesai pendaftaran, harga Dropship akan tertera semasa ‘Check Out‘ sahaja.
  1. Semua bahan pemasaran akan dibekalkan selepas pembayaran di buat di website.
  1. Anda akan di masukkan ke dalam Group Support HABRA di Whatsapp dan juga Telegram selepas selesai semua proses pendaftaran di website.
  1. Semua gambar produk HABRA yang telah di ‘watermark’ akan dihantar melalui aplikasi Telegram. Anda tidak dibenarkan menukar nama koleksi produk, membuang ‘watermark’ pada gambar dan mana-mana bahan promosi yang disediakan.
  1. Semasa membuat tempahan di website, Dropship WAJIB mengisi alamat dan nombor telefon pelanggan dengan tepat di ruangan ‘Shipping Address’ semasa ‘Check Out’.
  1. Pihak HABRA TIDAK AKAN MENANGGUNG kos kerugian daripada kesalahan data pelanggan yang dimasukkan oleh Dropship.
  1. Segala transaksi jualan yang berjaya, wang TIDAK akan dikembalikan. Namun produk yang sudah dijual, BOLEH DITUKAR dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan. Sila rujuk disini : habra.com.my/return-exchange/
  1. Sebarang tempahan size/warna produk di website dari pihak Dropship adalah muktamad dan kesalahan tempahan atau penukaran TIDAK AKAN DILAYAN.
  1. Kos penghantaran TIDAK TERMASUK dalam harga jualan produk dan Dropship berhak meminta pelanggan untuk membuat bayaran bagi kos penghantaran (Kos penghantaran automatik semasa ‘Check Out’ di website). Sila rujuk di sini untuk kos penghantaran: habra.com.my/shipping-rate/
  1. Bagi alamat Malaysia, wakil pengeposan melalui Ninja Van. Bagi alamat antarabangsa, wakil pengeposan adalah mengikut lokasi.
  1. Produk akan di pos pada hari yang sama jika tempahan di buat sebelum 1 tengah hari. Tempahan yang diterima selepas 1 tengah hari akan dipos pada hari berikutnya. TIADA pengeposan pada cuti umum, Sabtu dan Ahad.
  1. Pihak HABRA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan atau KELEWATAN PENGHANTARAN yang berpunca dari wakil pihak pengeposan.
  1. Email pengesahan yang mempunyai ‘Tracking Number’ pelanggan akan diberikan kepada Dropship setelah selesai proses pengeposan.
  1. Adalah DIWAJIBKAN bagi Dropship untuk memaklumkan ‘Tracking Number’ pembelian kepada pelanggan anda.
  1. Dilarang MENIRU 100% susun atur instagram dibawah kelolaan pihak HABRA.
  1. Dilarang menjual produk HABRA lebih tinggi dari harga yang telah ditetapkan.
  1. Anda diwajibkan untuk meletakkan Nombor ID Dropship masing-masing di medium pemasaran masing-masing untuk memudahkan pelanggan mengenal-pasti Dropship HABRA yang sah sebelum pembelian.
  1. Semua Dropship HABRA yang berdaftar akan dipaparkan di laman web kami sebagai bukti yang sahih bagi rujukan pelanggan. Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan dan penipuan pihak tidak bertanggung-jawab.
  1. Segala aktiviti pemasaran seperti potongan harga perlu dilakukan secara seragam dan akan ditetapkan oleh pihak pengurusan HABRA dan sah pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
  2. Semasa Jualan potongan harga, Pihak HABRA akan dihujani dengan lambakan tempahan. Sila beri 3-4 hari bekerja untuk pemprosesan.
  3. Selepas pembayaran yuran penyertaan, anda akan diberi 2 minggu sebagai tempoh percubaan dan komisen adalah 5%. Anda harus menjual 1 produk HABRA untuk layak menjadi DS Silver. Komisen DS Silver ada 10%. Komisen akan dinaikkan kepada 15% sekiranya anda mencapai jualan yang ditetapkan dan layak naik ke DS Gold.
  4. Sebarang perubahan Terma & Syarat adalah tertakluk kepada pihak pengurusan Habra Group Sdn. Bhd.

* mengikut terma dan syarat